Opens in a new tab

News / Utusan Malaysia

Optimis turunkan NPL ke satu digit

Kuala Lumpur – Bank Pembangunan Malaysia Berhad (Bank Pembangunan) optimis dapat menurunkan jumlah pembiayaan tidak berbayar (NPL) ke paras satu digit dalam tempoh dua tahun akan datang.
Presiden BPMB, Mohammed Rafidz Ahmed Rasiddi berkata, pihaknya juga merancang untuk menurunkan NPL kepada 10 peratus pada tahun ini berbanding 12 peratus tahun lalu.

Antara strategi yang akan digunakan oleh pihak kami adalah mengetatkan portfolio polisi pembiayaan sedia ada, mengkaji latar belakang peminjam dan memantau prestasi kewangan semasa.

Dalam masa yang sama, kira-kira 80 peratus daripada pembiayaan adalah terdiri daripada dua sektor iaitu infrastruktur dan teknologi manakala selebihnya khusus kepada minyak dan gas serta maritim, katanya kepada pemberita di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Batu Caves di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menandatangani perjanjian pembiayaan bersindiket antara BPMB dengan Ramly Food Industries yang diwakili Pengarah Urusasn Kumpulan Ramly, Datuk Ramly Mokni dan Agro Bank yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Wan Mohd Fadzmi Wan Othman yang disaksikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shaberry Cheek.Mengulas lanjut Mohammed Rafidz berkata, pihaknya perlu fokus kepada empat sektor itu sahaja kerana ia mempunyai tahap risiko yang lebih tinggi berbanding pembiayaan biasa.