Opens in a new tab

News / Kosmo

Mohammed Rafidz dilantik Presiden, MD Bank Pembangunan

Kuala Lumpur – Bank Pembangunan Malaysia Berhad (Bank Pembangunan) mengumumkan perlantikan Mohammed Rafidz Ahmed Rasiddi sebagai Presiden dan Pengarah Urusan (MD) kumpulan bermula 15 Jun lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam, melalui perlantikan tersebut, beliau akan bertanggungjawab menerajui bank untuk terus memainkan peranan dalam merealisasikan objektif kerajaan bagi membangunkan sektor strategik ekonomi.

Sebelum menyertai Bank Pembangunan, beliau merupakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Perbankan Pelaburan Korporat di MIDF Amanah Investment Bank.