Opens in a new tab

News / Harian Metro

BPMB kurangkan NPL satu digit

Kuala Lumpur – Bank Pembangunan Malaysia Berhad (Bank Pembangunan) optimis mengurangkan kadar pembiayaan tidak berbayarnya (NPL) kepada satu digit dalam tempoh dua tahun berbanding 12 peratus ketika ini.

Presiden dan Pengarah Urusan Kumpulannya, Mohammed Rafidz Ahmed Rasiddi berkata, pihaknya komited untuk mengawal kadar NPL dengan strategi perlaksanaan polisi kredit yang lebih ketat termasuk menilai latar belakang peminjam serta prestasi kewangannya.

NPL kami masih berada pada tahap yang terkawal, malah dengan polisi lebih ketat ia dijangka bukan sahaja dapat mengawal kadar NPL, tetapi turut mengekalkan portfolio pertumbuhan pembiayaan yang stabil.

Selain itu, kami mengunjurkan pertumbuhan pembiayaan sebanyak lima peratus tahun ini iaitu sama seperti yang dicatatkan pada 2014, katanya pada media selepas majlis perjanjian pembiayaan bersindiket bersama Agro Bank dan Ramly Food di sini.

Beliau berkata, BPMB memberi fokus kepada pembiayaan empat sektor iaitu infrastruktur teknologi, minyak dan gas (O&G) dan maritim.

Menurutnya, dengan keadaan ekonomi yang mencabar tahun ini, pihaknya menjangkakan untuk mengekalkan pertumbuhan yang stabil dan sehingga Disember 2014, nilai pembiayaan dikeluarkan BPMB adalah kira-kira RM26 bilion.