Opens in a new tab

News / Kosmo

Bank Pembangunan sasar kurangkan kadar NPL kepada satu digit

Kuala Lumpur – Bank Pembangunan Malaysia Bhd (Bank Pembangunan) optimis untuk mengurangkan kadar pembiayaan tidak berbayar (NPL) kepada satu digit dalam tempoh dua tahun akan datang berbanding 12 peratus buat masa ini.

Presiden dan Pengarah Urusan Kumpulannya, Mohammed Rafidz Ahmed Rasiddi berkata, untuk tahun ini pihaknya menyasarkan kadar tersebut dapat diturunkan kepada 10 hingga 11 peratus.

Dengan memberi focus kepada pembiayaan empat sector yang dimandatkan iaitu infrastruktur, teknologi, minyak dan gas (O&G) serta maritim, profil bagi pelanggan kami kebih berisiko tinggi serta mengambil masa pembiayaan yang lebih lama.

Disebabkan itu, kami komited untuk mengawal kadar NPL dengan strategi pelaksanaan polisi kredit yang lebih ketat termasuklah menilai latar belakang peminjam serta prestasi kewangannya.
Ini bukan sahaja dapat mengawal kadar NPL, malahan pada masa sama mengekalkan portfolio pertumbuhan pembiayaan yang stabil, katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis menandatangani perjanjian pembiayaan bersindiket bernilai RM274 juta antara Ramly Food Industries Sdn Bhd dengan BPMB serta Agrobank di sini semalam.

Sementara itu, mengenai portfolio pertumbuhan pembiayaan, Mohammed Rafidz berkata, pihaknya mengunjurkan pertumbuhan pembiayaan sebanyak lima peratus pada tahun ini berbanding kadar sama yang dicatatkan pada 2014.

Dengan keadaan ekonomi yang mencabar pada tahun ini, kami menjangkakan untuk mengekalkan pertumbuhan yang stabil tersebut, katanya.

Sehingga Disember 2014, nilai pembiayaan yang dikeluarkan BPMB ialah kira-kira RM26 bilion.  BPMB merupakan sebuah institusi perbankan di bawah Kementerian Kewangan yang mendapat mandat untuk membangunkan empat sektor utama iaitu infrastruktur, teknologi, O&G dan maritim.