Opens in a new tab

News / Dagang News

Bank Pembangunan biayai RM33.87 juta pembangunan fasa kedua Lundu Beach Resort

KUALA LUMPUR, 14 May 2025

Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) memeterai perjanjian kerjasama dengan Pangoling Resort Sdn Bhd (PRSB) bagi menyediakan pembiayaan RM33.87 juta untuk pembangunan fasa kedua Lundu Beach Resort di Sarawak.

Pembiayaan ini dinilai melalui penilaian rangka kerja Penilaian Kesan Terhadap Pembangunan Nasional (MIND) yang mengukur keselarasan projek dengan Rancangan Malaysia ke-12 serta matlamat alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Projek berkenaan mencatatkan skor baik terutamanya dari penciptaan pekerjaan, pelancongan lestari, dan manfaat kepada komuniti setempat.

Fasa kedua pembangunan merangkumi pembinaan hotel 72 bilik, 28 vila, dewan bankuet, dan kemudahan ruang makan.

Ia dijangka memberi manfaat kepada 300 individu serta mewujudkan 69 peluang pekerjaan, 49 dalam pembinaan, dan 20 dalam operasi.

Pengarah Pangolin Resort, Datuk Thomas Lau berkata, projek itu bertujuan menyerlahkan keindahan pesisir pantai Sarawak, sekaligus merancakkan industri pelancongan dan menyokong ekonomi tempatan.

BPMB meupakan institusi kewangan pembangunan milik penuh Kementerian Kewangan Inc (MOF Inc).