Akan dibuka dalam tab baharu

Berita / Sinar Harian

Peruntukan RM100,000 bantu mangsa banjir

Kota Bharu – Bank Pembangunan Malaysia Berhad (Bank Pembangunan) memperuntukkan RM100,000 bagi membela nasib mangsa banjir di Pantai Timur, Perak dan Johor dalam misi tanggungjawab sosial korporatnya (CSR).


Pengerusinya, Tan Sri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah berkata, program CSR fasa pertama itu turut dilancarkan lagi dengan kerjasama Kumpulan Media Karangkraf/Sinar Harian bagi memastikan bantuan awal sampai kepada mangsa banjir dengan sempurna. Di Kelantan, kita sasar bantu 1,000 keluarga, di mana mereka akan diberi bantuan berupa bekalan makanan harian yang amat diperlukan saat ini.


“Kita bermula di Kelantan, kemudian akan bergerak ke negeri seterusnya. Kelmarin, 300 keluarga di lima kampong dekat Pengkalan Chepa sudah dibantu, sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa banjir yang berdepan kerugian serta kerosakan harta benda,” katanya kepada Sinar Harian selepas menyerahkan bantuan kepada kakitangan Hotel Perdana yang turut menjadi mangsa banjir, semalam.”


Program CSR yang bermula kelmarin memberikan ruang dan masa buat BPMB menjejaki lokasi yang terjejas teruk seperti Kuala Krai, Tumpat dan Kota Bharu. Wan Abdul Aziz berkata, pihaknya amat bersimpati dengan mangsa banjir yang kini berdepan detik sukar. ‘Untuk fasa kedua nanti, kita agih keperluan lain seperti tilam, bantal dan selimut. Banjir kali ini amat luar biasa, kumpulan kita akan melakukan yang terbaik agar mangsa banjir mendapat pembelaan sewajarnya. “Dalam pada itu kita juga dapat mendengar luahan dan rintihan mangsa banjir. Peranan kita penting untuk memberikan semangat dari segi mental dan fizikal kepada mereka, ” katanya. Malah menurutnya, pihaknya sedaya upaya akan berusaha mengumpul dana dan menghulurkan zakat mengikut keperluan serta kemampuan semasa.