Akan dibuka dalam tab baharu
DATO’ CHARON WARDINI MOKHZANI
Lembaga Pengarah

DATO’ CHARON WARDINI MOKHZANI

62 | Malaysia | Lelaki

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Tarikh Pelantikan: 1 Februari 2026

  • Felo, Insititut Pengurus Bank Berkanun Asia (Asian Institute of Chartered Bankers (AICB)
  • Peguam Bela & Peguam Cara Mahkamah Tinggi Malaya
  • Barrister Middle Temple (tidak menjalankan amalan guaman) di United Kingdom
  • Ekonomi, Undang-Undang, Kewangan, dan Pelaburan

Dato’ Charon Wardini Mokhzani ialah Pengerusi Export-Import Bank of Malaysia Berhad (“EXIM Bank”) dan Pengerusi Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad. Beliau juga merupakan Pengerusi ASEAN Business Advisory Council Malaysia. Selain itu, beliau menganggotai lembaga Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis, Yayasan Tuanku Fauziah dan Kuala Lumpur Business Club.

Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang undang-undang, kewangan, pelaburan dan dasar sosioekonomi. Antara jawatan lain yang pernah disandang termasuklah Rakan Pengurusan Zaid Ibrahim & Co., Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Pengerusi CIMB Principal Asset Management, Pengarah Urusan Khazanah Research Institute, Pengarah Eksekutif Khazanah Nasional dan Pengarah Urusan Kumpulan Malaysian Industrial Development Finance. Beliau juga pernah menganggotai lembaga Universiti Putra Malaysia dan Cagamas Berhad.

Dato’ Charon memulakan kerjayanya di London, United Kingdom sebagai pupil barrister, sebelum menjadi peguam bela dan peguam cara di Shearn Delamore & Co. di Kuala Lumpur, dan kemudiannya menyertai Rashid Hussain Securities sebagai Pengurus, Kewangan Korporat.

Beliau mengikuti pengajian dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi di Balliol College, University of Oxford, serta Undang-undang di School of Oriental and African Studies, University of London. Beliau merupakan Felo di Asian Institute of Chartered Bankers, seorang Barrister Middle Temple (tidak menjalankan amalan guaman) di United Kingdom, serta Peguam Bela & Peguam Cara Mahkamah Tinggi Malaya.

  • Bank Pembangunan Malaysia Berhad
  • Export-Import Bank of Malaysia Berhad
  • Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad
  • Cagamas Berhad
  • Kumpulan MIDF Berhad
  • Kumpulan CIMB Berhad
  • Pengerusi, ASEAN Business Advisory Council Malaysia
  • Ahli Lembaga, Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis
  • Ahli Lembaga, Yayasan Tuanku Fauziah
  • Ahli Lembaga, Kuala Lumpur Business Club

Tiada

Dato’ Charon tiada:

  • Hubungan keluarga dengan mana-mana Pengarah dan/atau pemegang saham utama Bank Pembangunan
  • Konflik kepentingan dengan Bank Pembangunan dan tidak pernah didakwa atas sebarang kesalahan
  • Beliau tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan dalam tempoh lima (5) tahun lalu, dan tidak pernah dikenakan sebarang hukuman atau penalti awam oleh mana-mana badan pengawalseliaan yang berkenaan