Akan dibuka dalam tab baharu
Program CSR Kami
TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT

Program CSR Kami

Pendekatan CSR kami mencerminkan pedekatan yang proaktif, terancang dan berstruktur.

Dengan memberikan perhatian kepada dua teras utama; Pembangunan Komuniti dan Alam Sekitar, pelbagai inisiatif CSR kami selaras dengan 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kami juga berusaha untuk memahami dan mengenal pasti cara memberi impak yang lebih bermakna dalam kehidupan pihak berkepentingan melalui penyelidikan yang mendalam, sebelum perkara-perkara kritikal dibincangkan bersama mereka. Maklum balas yang diterima dapat membantu kami untuk mengenal pasti program-program CSR yang penting.

Sehingga kini, kami berjaya menyempurnakan pelbagai inisiatif yang berimpak, antaranya:

  • Pertandingan Pidato Piala Pembangunan 2025 – Sebuah pertandingan pidato peringkat kebangsaan bertemakan SDG untuk pelajar sekolah menengah dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Yayasan PINTAR untuk memupuk kepimpinan belia, kemahiran komunikasi, dan kesedaran tentang kelestarian.
  • Program Jangkauan Komuniti – Sambutan perayaan sempena Tahun Baru Cina, Hari Raya, Deepavali, dan Krismas di rumah amal terpilih, menyantuni komuniti yang kurang berkemampuan.
  • Program Little Legends – Sokongan penajaan untuk ‘Little Legends Programme’ anjuran Nicol David Organisation, memberdayakan kanak-kanak sekolah rendah melalui latihan skuasy yang teratur dan pendidikan bahasa Inggeris untuk menyokong pembangunan belia secara menyeluruh.
  • Program Bantuan Makanan Golongan Miskin Bandar – Penyediaan makanan harian untuk komuniti miskin bandar melalui kerjasama strategik dengan PERTIWI, menyokong keterjaminan makanan dan keperluan asas mereka.
  • Program Sentuhan Elit SPM – Inisiatif pemerkasaan akademik yang dilaksanakan bersama Yayasan LTAT, menyokong pelajar melalui persiapan terancang untuk peperiksaan SPM bagi meningkatkan pencapaian pendidikan.
  • Program Pemerkasaan Literasi Kewangan Belia BPMB – Inisiatif literasi kewangan terancang yang merangkumi bengkel interaktif dan pertandingan, direka untuk menyediakan para pelajar dengan kemahiran asas pengurusan wang dan perancangan kewangan.
  • Program Bantuan Kembali ke Sekolah – Pemberian kelengkapan sekolah kepada pelajar yang kurang berkemampuan, membantu meringankan beban kewangan dan menggalakkan akses pendidikan yang berterusan.
  • Program Cooking for a Cause – Sebuah inisiatif keterjaminan makanan dan sokongan komuniti dilaksanakan bersama Food Aid Foundation, menyediakan hidangan berkhasiat kepada komuniti yang kurang berkemampuan di Kuala Lumpur, Selangor, dan Johor.
  • Inisiatif Sokongan Pendidikan Orang Asli – Pemberian kelengkapan sekolah kepada kanak-kanak Orang Asli di Kampung Tan Hain, Royal Belum untuk membantu kanak-kanak Orang Asli mengikuti pendidikan dengan lebih baik.
  • Bengkel Literasi Kewangan untuk Usahawan Wanita – Bengkel literasi kewangan dan pembangunan kapasiti perniagaan untuk usahawan wanita, dilaksanakan bersama Women of Will bagi mempromosikan pemerkasaan ekonomi inklusif.

Inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan membuktikan dedikasi berterusan kami untuk menambah baik kualiti hidup masyarakat berdasarkan dua teras utama iaitu Pembangunan Komuniti dan Alam Sekitar.