Akan dibuka dalam tab baharu

Berita / Utusan Malaysia

Mohammed Rafidz Pengarah Urusan baharu BPMB

Kuala Lumpur – Bank Pembangunan Malaysia Berhad (Bank Pembangunan) telah melantik Mohammed Rafidz Ahmed Rasiddi sebagai Pengarah Urusan dan Presiden baharunya berkuat kuasa 15 Jun lalu.

Menurut BPMB dengan perlantikan tersebut, Mohammed Rafidz bertanggungjawab meneraju BPMB untuk terus memainkan peranan dalam merealisasikan objektif kerajaan untuk terus membangunkan sektor strategik ekonomi negara.

Sebelum menyertai BPMB, beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Perbankan Pelaburan Korporat di MIDF Amanah Investment Bank.

Beliau mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam perkhidmatan kewangan dan industri pasaran modal dan pernah memegang beberapa jawatan pegawai kanan dan kepimpinan dalam institusi kewangan terkemuka di negara ini, jelas bank berkenaan dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohammed Rafidz memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari City University, London dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Manchester Business School, Manchester.