Bank Pembangunan Malaysia Berhad (Bank Pembangunan) melancarkan Rumah Ngaji untuk masyarakat Orang Asli bertempat di Kampung Kuala Boh, Cameron Highland, 10 Jun lalu.
Rumah Ngaji Kampung Kuala Boh merupakan antara enam Rumah Ngaji di seluruh negara yang ditubuhkan untuk dimanfaatkan masyarakat Orang Asli beragama Islam, yang mana ia turut mendapat kerjasama Warisan Ummah Ikhlas (WUI) , Kumpulan Media Karangkraf dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA).
Majlis perasmian Rumah Ngaji yang julung kali seumpamanya dibina di negara ini disempurnakan Timbalan Presiden Kanan 1/Ketua, Pembangunan SUmber Manusia Kumpulan BPMB, Fauziah Hanim Baharin.
Hadir sama Pengerusi WUI, Datuk Abdul Jalil Ali; Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Mohd Nasir Hamzah; Timbalan Ketua Pengarah Perancangan dan Pengurusan JKOA, Suhaimi Mahmud; Tok Batin Kampung Kuala Boh, Nordin Abdullah dan penduduk setempat.