Akan dibuka dalam tab baharu

Berita / Utusan Malaysia

BPMB beri jaminan kewangan berjumlah RM96 juta untuk ER2E

Bank Pembangunan Malaysia Berhad (Bank Pembangunan) mengumumkan akan memberikan jaminan kewangan sehingga RM76.8 juta bagi penerbitan sukuk bernilai RM96 juta oleh Econas Resource to Energy Sdn. Bhd. (ER2E). BPMB dalam kenyataannya berkata, sukuk itu adalah sebahagian daripada program ASEAN Sustainability SRI Sukuk Murabahah RM500 juta ER2E. Katanya, dana tersebut akan digunakan untuk membiayai sebahagian daripada pembangunan Kompleks Pemulihan Sumber.