Akan dibuka dalam tab baharu

Berita / Kosmo

Bank Pembangunan umum pelantikan Zainul

Kuala Lumpur – Bank Pembangunan Malaysia Berhad (Bank Pembangunan) mengumumkan pelantikan Zainul Hashim sebagai Timbalan Presiden Eksekutif dan Ketua Perniagaan dan Perbankan Pelaburan yang baharu bagi syarikat itu berkuat kuasa pada 19 Februari lalu.

BPMB dalam satu kenyataan berkata, Zainul akan bertanggungjawab menyelia aktiviti-aktiviti perbankan perniagaan, perbankan pelaburan dan perbendaharaan kumpulan.

Dengan pengalaman lebih 18 tahun, Zainul telah memainkan peranan penting dalam memula dan melaksanakan penubuhan dana dalam pelbagai sektor ekonomi termasuk penubuhan dana DanaInfra Nasional Bhd. dan bon atau sukuk Bursa Dagangan pertama di Malaysia, kata kenyataan itu semalam.

Zainul yang juga pemegang lesen Pasaran Modal mempunyai kelulusan Sarjana Muda Sains daripada sebuah universiti di London, Britain dan merupakan graduan Sarjana Undang-Undang (Perbankan) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Beliau pernah berkhidmat dengan The Royal Bank of Scotland (M) Bhd. dan ABN AMRO Bank (M) Bhd.